DEFINASI RASUAH


Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Punca Utama Rasuah


Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

  • Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban
  • Sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
  • Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.
  • kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

KESALAHAN RASUAH

  • Meminta/ Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
  • Menawar/Memberi Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
  • Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

  • Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi.
  • Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
  • Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
  • Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat.
  • Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

  • Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiriKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah.
  • Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi.
  • Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.
  • Memudahkan urusan menggunakan ICT
    -Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah


Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.

  • politik wang sukar dikesan dan dibanteras. Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.
  • Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan
  • Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang
  • Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.
  • Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".
  • Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya.
  • Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.
  • Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.
  • Gaji penjawat awam yang kecil.
  • Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.
  • Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan